Lazada Malaysia

Selasa, 15 Ogos 2017

7 KELEBIHAN SUNNAH BERJANGGUT MENURUT SAINS !! SEBARKAN KEPADA SEMUA LELAKI !!


Misai, janggut dan jambang adalah antara “aksesori” yang perlu ada pada setiap lelaki maskulin. Selain menyerlahkan lagi penampilan wajah, apakah lagi kebaikan yang boleh anda dapat? Ikuti 7 Kelebihan Menyimpan Janggut di bawah ini:

1. Mengurangkan gejala asma dan alahan

Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan juga gejala asma, janggut sebenarnya membantu bertindak sebagai penapis dan mengelakkan kuman daripada sampai ke permukaan wajah. Ini bermaksud, lebih besar janggut yang disimpan, lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari. Hanya pastikan janggut anda dibasuh dengan kerap dan dijaga dengan rapi.

2. Melindungi wajah daripada sinaran UV matahari

Menurut satu kajian baru-baru ini dari University of Southern Queensland, janggut menyekat sehingga 95 peratus daripada sinaran UV matahari. Hal ini dapat memainkan peranan yang besar dalam mencegah pembentukan sel-sel yang membahayakan kesihatan.

3. Menjadi ejen anti-penuaan semula jadi

Ini adalah rahsia semula jadi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Dengan pendedahan terhadap sinaran matahari yang lebih sedikit, anda sebenarnya boleh terus kelihatan lebih muda – tidak seperti orang-orang yang tidak mempunyai janggut. Walupun janggut membuat anda kelihatan lebih tua, tetapi sebenarnya janggut menjadikan anda lebih muda.

4. Mengurangkan risiko menghidap kanser

Pendedahan kepada sinaran UV matahari sedikit sebanyak menyumbang kepada pembiakan sel-sel bahaya pada muka. Sel-sel ini boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit kanser. Oleh itu, dengan adanya janggut, risiko ini dapat dikurangkan sama sekali. Selain melindungi kulit daripada matahari, janggut juga memain peranan penting dalam mencegah kanser.

5. Melembabkan kulit

Tahukah anda kulit muka anda terbina dengan ejen pelembab tersendiri? Ia dipanggil ‘sebaceous glands’ yang bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang melembabkan kulit. Janggut yang tebal pula bukan hanya menghalang anda daripada menggosok permukaan muka anda, ia juga melindungi muka daripada pendedahan angin yang boleh membawa kepada kekeringan.

6. Menyerap haba dan menjadi penebat kesejukan

Janggut juga boleh bertindak sebagai penebat kepada kesejukan. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba dalam badan. Semakin panjang janggut, semakin baik kadar penyerapan haba. Walaupun negara kita tidak dikurniakan dengan musim sejuk, ia benar-benar membantu apabila seseorang berada dalam kesejukan.

7. Membebaskan wajah daripada masalah jerawat

Melepaskan pisau cukur tidak hanya menyembunyikan noda-benar-benar mencegah mereka. Menurut kajian, punca utama ruam, jerawat dan keradangan folikel pada wajah adalah disebabkan aktiviti bercukur. Tambahan lagi, alat pencukur juga boleh menyakitkan kulit serta menyebarkan bakteria pada folikel rambut. Jadi, jika anda mempunyai janggut, anda tidak perlu bimbang tentang jangkitan bakteria merbahaya ini.

Sumber: says.com


EmoticonEmoticon