Lazada Malaysia

Selasa, 12 April 2016

INFO! 10 TANDA-TANDA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR

Perbuatan sihir adalah penyakit yang paling bahaya dalam masyarakat kita hari ini. Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Hidup berumahtangga pastinya banyak dugaan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tetapi ada juga masalah

Rumahtangga ini datang dari luar seperti perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya. Antaranya dengan menggunakan sihir. Jadi, kepada pasangan suami isteri haruslah ketahui tanda-tanda rumahtangga mereka kena sihir.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir adalah sebagaimana dibawah:

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan $ek$. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
  10. Dalam sesetengah kes, orang yang terkena sihir dikatakan tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan $ek$ di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan.

Ketahui dan berwaspadalah dengan perbuatan sihir kerana ianya bakal memberikan impak yang parah dalam kehidupan rumahtangga. Seeloknya berikhtiarlah untuk menyelesaikan masalah tersebut sekiranya tanda terkena sihir itu ada. Dekatkan diri dengan Allah dan segeralah berjumpa Ustaz dan orang yang pakar dalam hal tersebut. Beringat sebelum terkena.

Khamis, 7 April 2016

SUNNAH! - Cara Betul Tidur Mengikut Sunnah Rasullulah SAW.

Tags

Allah SWT hanya akan menerima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Berikut antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

  1.  Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
  4.  Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  6.  Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  7.  Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 

Selasa, 5 April 2016

INILAH Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedari

Memakai tudung bukanlah sesuatu yang baru bagi muslimah wanita islam,namun seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi bukan sedikit wanita muslimah yang memakai tudung hanya untuk kelihatan cantik.

Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadist yang sahih tentang Aurat wanita,mereka wanita mengenakan tudung hanya sekedar trend masa kini agar terlihat islamik.

Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya sekarang? dan apa hukumnya?

Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.

~Pertama, kalau wanita menutup aurat, hendaklah menutup dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.

Contohnya baju kebaya yang mempunyai kain yang nipis sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah fitnah.

Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di akhirat nanti kerana merosakkan akhlak orang ramai.

~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk tubuh, melainkan ‘illa mazaharo minha’ (tidak dapat ditutup). Maka janganlah pakai seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. Hukumnya HARAM dan berDOSA. Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.

Dan bila ia jatuh atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti ‘mazaharo minha’, ia dimaafkan pada syara’. Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya ialah HARAM.

Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Banyakkan beristighfar ‘Astaghfirullahal’azim’ kerana Allah Maha Pengampun.
Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.

Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian punggung ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [An-Nur:Ayat 31]

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

[HR Abu Dawud].